PENGURNIAAN KEHORMATAN KEBESARAN
NEGERI KELANTAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

Sukacita saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan perayaan Ulang Tahun H ari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 55 pada tahun 2024, lstiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan bagi tahun 1445H/2024M dan pelantikan Jaksa Pendamai akan diadakan sebagaimana tahun-tahun kebelakangan.

2.   Sukacita juga saya maklumkan bahawa Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan yang dimaksudkan adalah berupa Darjah-Darjah Kebesaran, BintangBintang, Pingat-Pingat, Surat-Surat Kepujian dan Perlantikan Jaksa Pendamai. Jenis-Jenis Kehormatan Negeri Kelantan yang akan dikurniakan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Pekeliling Am Kelantan Bil.1 Tahun 1969 yang dipinda oleh Pekeliling Am Kelantan Bil. 8 Tahun 1969.

3.   Di samping pekeliling tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan telah mengampuni perkenan mewujudkan mulai 1988 DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA atau AL-YAHYAWI yang mengandungi tiga peringkat iaitu :-

(i) Peringkat Pertama - Dato’ Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K.) atau Al-Yahyawi I

(ii) Peringkat Kedua - Dato' Paduka Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (D.P.K.K.) atau Al-Yahyawi II

(iii) Peringkat Ketiga - Paduka Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (P.K.K.) atau Al-Yahyawi III

Pengurniaan ketiga-tiga peringkat Darjah ini adalah dikhususkan kepada Pegawai-Pegawai dalam Angkatan Tentera yang kanan sahaja. Sungguhpun begitu Anggota-Anggota Angkatan Tentera terutama dari lain-lain pangkat adalah terus layak dipertimbang untuk dikurniakan Peringkat Keempat dan Kelima bagi DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG atau AL-IBRAHIMI dan juga BINTANG-BINTANG dan PINGAT-PINGAT yang lain.

4.   Manakala pada tahun 2016 pula Kebawah Duli Yang Maha Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mewujudkan satu lagi Darjah Kebesaran Negeri yang baharu iaitu DARJAH KEBESARAN JASA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT SETIA atau AL-PETRAWI yang mengandungi 5 peringkat iaitu:-

( i) Peringkat Pertama - Dato’ Sri Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (S.P.J.K.) atau Al-Petrawi I

( ii) Peringkat Kedua - Dato' Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (D.P.J.K.) atau Al-Petrawi II

(iii) Peringkat Ketiga - Paduka Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (P.J.K.) atau Al-Petrawi III

(iv) Peringkat Keempat - Bentara Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (B.J.K.) atau Al-Petrawi IV

(v) Peringkat Kelima - Ahli Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (A.J.K.) atau Al-Petrawi V

Pengurniaan kelima-lima peringkat Darjah ini adalah dikhususkan kepada mereka yang telah dan sedang menjadi anggota pasukan badan beruniform selain daripada Angkatan Tentera seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Sungguhpun begitu anggota lain-lain pangkat adalah terus layak dipertimbang untuk dikurniakan BINTANG-BINTANG dan PINGAT-PINGAT yang lain.

5.   Pencalonan-pencalonan bagi Pegawai Negeri dan Persekutuan serta Anggota-Anggota Badan-Badan Sukarela, Kesenian dan Badan-Badan seumpamanya untuk dipertimbangkan bagi pengurniaan tersebut, adalah dikehendaki membuat permohonan bermula pada 25 Ramadan 1444H bersamaan dengan 16 April 2023M dan kesemua borang pencalonan (hardcopy) hendaklah dihantar supaya sampai ke Pentadbiran ini sebelum atau pada 14 Muharram 1445H bersamaan dengan 01 Ogos 2023M . Borang-Borang pencalonan yang tidak lengkap, atau diterima selepas tarikh yang ditetapkan ini, tidak akan dipertimbangkan. melalui tiga (3) kaedah berikut:-

5.1. Permohonan adalah melalui atas talian:-
 (i) Permohonan melalui portal : https://ekurnia.kelantan.gov.my
 (ii) Cetak borang permohonan untuk pengesahan pencadang dan Ketua Jabatan dan hantar sesalinan (hard copy) kepada pihak Urusetia ekurnia untuk pengesahan

5.2. Permohonan secara manual:-
 (i) Borang permohonan boleh dipohon melalui email kepada kami iaitu : ekurnia@kelantan.gov.my
 (ii) Borang tersebut hendaklah diisi dan di email kembali kepada pihak urusetia untuk rekod. Manakala sesalinan borang (hard copy) yang telah mendapat pengesahan pencadang dan Ketua Jabatan hendaklah dihantar kepada pihak Urusetia untuk pengesahan.

5.3.  Edaran borang permohonan

 (Nota : Kaedah 5.2. dan 5.3. adalah bagi kes-kes tertentu sahaja tertakluk kepada kebenaran pihak urusetia.

6.   Ketua-Ketua Jabatan dikehendaki menentukan bahawa urusan Tapisan Keutuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1985 dan kehendak-kehendak dalam Surat Jabatan Perdana Menteri rujukan PM (S) 11262 Jld.IV bertarikh 11hb Januari 1988 hendaklah diselesaikan oleh jabatan masing-masing sebelum mengemukakan pencalonan berkenaan. Maksud "selesai" di sini ialah Ketua Jabatan haruslah menyelesaikan tapisan keutuhan serta mendapatkan kelulusan Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri bagi pencalonan kepada Pegawai Peringkat Pengurusan Tertinggi dengan disalinkan surat tersebut ke Pentadbiran ini. Sukacita juga dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran ini hanya akan memproses pencalonan yang memenuhi kesemua syarat sebagaimana pekeliling di atas.

7.   Dalam memenuhkan borang yang tersebut ini, saya juga menarik perhatian ketua-ketua jabatan kepada Bahagian 'F' borang itu, iaitu mengenai jenis-jenis anugerah kehormatan yang dicadang dikurniakan, serta nama pegawai-pegawai yang mencalonkan. Bagi maksud memenuhkan Bahagian 'F' ini, maka peraturan berikut hendaklah dipatuhi:-

(i) Setiausaha Kerajaan akan memenuhi Bahagian 'H'’ bagi :-
 (a) Ketua-Ketua Jabatan
 (b) Calon-calon dari Badan-Badan Sukarela
(ii) Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan hendaklah mendapatkan pengesahan dari Ketua Jajahan di Bahagian ‘F’ (Bagi Jabatan-Jabatan di Negeri Kelantan sahaja)
(iii) Ketua-Ketua Jabatan hendaklah memenuhi Bahagian 'F' ini bagi PegawaiPegawai dan Kakitangan di bawahnya.
(iv) Pencalonan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ hendaklah

mendapat sokongan daripada Pegawai/Individu yang telah mendapat Darjah tersebut atau lebih tinggi dalam kategori Darjah yang sama Kesemua ruangan dalam Borang Pencalonan dikehendaki dipenuhkan. Kiranya tiada apa-apa maklumat yang hendak diisikan, perkataan "tiada" hendaklah dinyatakan.

8.   Adalah diharapkan bahawa urusan pencalonan ini diberi perhatian sendiri oleh ketua-ketua jabatan atau ketua-ketua badan-badan sukarela masingmasing, bagi menentukan bahawa calon-calon yang benar-benar berkelayakan sahaja yang dikemukakan. Ini adalah bagi menentukan bahawa kurniaankurniaan yang dicadang itu adalah benar-benar bagi mereka yang berjasa dan yang telah berkhidmat dengan cemerlangnya. Semasa membuat perakuan, huraian (write-up) mengenai sumbangan dan pencapaian pegawai yang dicalonkan hendaklah secara ringkas/padat dan tidak mengemukakan terlalu banyak maklumat. Pencalonan yang telah dikemukakan pada tahun-tahun yang lepas yang masih belum diperkenankan boleh dikemukakan semula sekiranya didapati masih layak. Bagi calon-calon seumpama ini, hujah tambahan patut dikemukakan.

 8.1.  Seseorang yang telah menerima sesuatu kurniaan Negeri hanya boleh dicalonkan semula selepas lima (5) tahun terdahulu diterima. Seseorang yang pernah menolak tawaran pengurniaan tidak perlu dicalonkan semula.

 8.2.  Borang-borang pencalonan hendaklah diisi oleh pegawai yang membuat pencalonan dan ianya hendaklah dirahsiakan daripada calon itu sendiri. Pegawai yang membuat pencalonan hendaklah mempastikan bahawa calon berkenaan belum dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang atau Pingat yang dicadangkan.

9.   Ketua-Ketua Jabatan Negeri yang ingin mencalonkan mana-mana Pegawai Kerajaan Persekutuan yang bukan di bawah jagaannya, adalah dikehendaki terlebih dahulu mendapat persetujuan Ketua Jabatannya yang berkenaan sebelum pencalonannya diperbuatkan. Seelok-eloknya patutlah ketua-ketua Jabatan Negeri mengemukakan cadangan pencalonan yang dimaksudkan itu kepada Ketua Jabatan bagi pegawai tersebut untuk6 pertimbangannya dan kiranya difikirkan layak bolehlah Ketua Jabatan yang berkenaan itu mencalonkan terus ke Pentadbiran ini.

10.   Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan bolehlah juga mencalonkan mana-mana orang lain yang bukan Pegawai Kerajaan yang telah memberi satu-satu pertolongan yang istimewa atau pertolongan secara berpanjangan kepada Jabatannya atau kepada mana-mana perkhidmatan yang diberi oleh Jabatannya masing-masing. Sekian, terima kasih.